Al-fatihah
assalamualaikum.
Ya Allah. dah lama sangat tak update blog ni, maaf ye semua, :)
Al-fatihah.
Ahad malam lepas kami sekeluarga menerima berita yang sangat tidak menggembirakan dan menyedihkan. Ann a.k.a Atuk syifa telah kembali ke rahmatullah. Setiap yang hidup, pasti akan pergi jua. Kami semua redha dengan pemergiaan arwah atuk. Allah lebih menyayanginya.
Dan alhamdulillah sangat-sangat, sebab arwah atuk dikebumikan sebelah kubur arwah adik dan arwah ayah. Alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya. :') Syifa pasti akan merindui segala kerenah atuk.
Urm, selepas dua tahun, kami sekeluarga kehilangan orang yang tersayang. In shaa Allah kami semua redha. Allah takkan menguji hambaNya jika hambaNya tak mampu untuk menghadapinya. :') Semoga arwah ayah, arwah adik, arwah ann ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. In Shaa Allah.
Al-Fatihah.
Takziah Syifa
ReplyDeletethanks :')
Deletesalam takziah.
ReplyDeletesemoga terus tabah :)
in shaa ALLAH :')
Delete