Posts

Final Year Project; Alhamdulillah

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” FINALLY!!!  Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat ILLAHI semua dipermudahkan. alhamdulillah.  One step closer. =)

Natural Skincare; Mary Jardin

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”  "Beautiful skin requires commitment, not a miracle" Dulu Syifa tak pernah kisah pasal skin care. Malas nak tempek-tempek segala toner dan moisturizer. Syifa just pakai cleanser ja. Banyak brand cleanser Syifa pakai, tapi kulit still sama ja, takdak perubahan. Kusam, tak bermaya, mata letih.. Pada mulanya, Syifa ingat kulit syifa ni jenis berminyak. So, syifa try lah produk XXX untuk oil control. Tapi, lepas Syifa basuh muka ja, kulit muka jadi tegang. Dalam 2-3 Minggu la jadi macam tu.. Pastu Syifa tak tahan, pergi lah buat Skin Analysis dekat Aeon Wellness. Tup tup rupa-rupanya, kulit Syifa ni jenis kulit kering and pH dalam kulit syifa tinggi. Ouh no! Selama ni Syifa salah pakai produk. Huhu. Kemudian, promoter Aeon Wellness perkenalkan satu produk organic XXX Syifa guna trial set. Dah sebulan Syifa pakai, muka jadi lagi teruk. Ada ja jerawat dok naik.

Hidup tak selalunya Indah

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” Hidup ini tak selalunya indah. kita bagaikan pelakon di dunia ini. apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kan? Allah takkan menguji hambaNya kalau kita tak mampu nak hadapi semua ujian yang diberi.  Jika diberi Ujian, tandanya ALLAH masih sayangkan umatNya. Alhamdulillah. Setiap ujian yang kita hadapi adalah berbeza. semuanya berserah kepada yang satu. hanya pada ALLAH tempat kita memohon dan mengadu nasib. In shaa ALLAH, dengan berkat kesabaran kita, Allah akan makbulkan doa-doa kita. in shaa ALLAH.  Bila kita dah usaha. Tapi Allah tak beri. Itu tandanya DIA nak beri kita yang lebih baik. bersabarlah. Jangan Bersedih, Allah kan tahu apa yang terbaik itu kita. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan semuanya. In shaa ALLAH.. =)

New Semester

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” New Semester, New Chapter! Ni semester terakhir syifa dekat UNIKL. Lepas ni Internship lepas tu MERDEKA!  Tapi.... nak hadap semester ni yang sakit ni. Sebabnya, semester ni syifa nak kena settlekan Final Year Project Phase 2. Kena buat Apps wei.. Mana reti dan tak pernah belajar pun dekat UNIKL. So that, syifa dengan member ambil keputusan untuk join kelas Asas Android Studio. Setelah sekian lama tak sentuh coding, terpaksa sentuh jugak sebab nak siapkan FYP punya pasal. In shaa ALLAH semua akan dipermudahkan oleh ALLAH. Kami cuba yang terbaik. Maybe lepas ni syifa tak berkesempatan lah nak update blog sebab nak fokus dekat FYP. Sikit saja lagi nak abis ni.. Korang doakan syifa eh. Gerun semua ada.. huwaaa 

Hadiah Untuk Mama

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi. Result syifa ada peningkatan. alhamdulillah. syukur sangat-sangat. Target syifa just nak maintainkan CGPA above 3.50 sebab nak kurangkan loan MARA yang sebanyak RM87K itu.. Ya, RM87K.. Banyak kan? Sampai ke tua lah syifa tak habis bayar nanti kalau result tak maintain. huhu. Hari tu, bila check result ja terus peluk mama dan rasa nak nangis sangat sebab tak pernah dapat sebanyak itu. Hanya ALLAH saja yang tahu apa yang syifa rasa. Ye la kan, sebab time diploma dulu main-main.. Lepas tu, result tah apa-apa ja. Selamatlah memang KPM under MARA, so tak payah bayar apa-apa. alhamdulillah.  Syifa cuba nak beat akak time degree ni, walaupun syifa tau syifa tak mungkin dapat beat dia. Sebab akak dah berjaya untuk dapat full scholarship from MARA. alhamdulillah. Tapi, syifa cuba yang terbaik. Memang ni hadiah untuk mama. Sebab

Pakej Murah Seoul, Korea ; 2017

Image
assalamualaikum. nak pegi Korea?  teringin nak merasa Spring di Korea?  teringin nak backpackers ke Seoul, Korea tapi takde geng?  haa.. Ini jalan penyelesaiannya.. kawan baik Syifa' si Sally Samsaiman nak ajak korang semua pergi Korea tu. Pakej yang sangat affordable and berbaloi sangat! Sebabnya korang akan enjoy the view and merasa sendiri Spring dekat Korea macam penduduk tetap. Best sangat! Syifa' pun berkemungkinan akan join jugak. In shaa ALLAH. =) Antara tempat yang bakal korang lawati seperti Nami Island, Myeondong, Insa-dong, Itaewon, Ewha Women University, Ladies Street, Cheonggyecheon Stream, Cheonggye Plaza, Bukchon Hanok Village, Namdaemun, Hongdae, Edelweiss Swiss Theme Park, Hangang Park dan macam-macam lagi...dan disebabkan korang nak kesana masa musim bunga, ada beberapa tempat tambahan yang akan Sally bawak korang untuk tengok musim bunga yang paling cantik!  Travelling Buddies Seoul Budget Spring Trip Types of package: 5D4N - RM 1499

Steamboat Sedap di Pearl International Hotel

Image
assalamualaikum . hi Siapa yang tak suka makan steamboat kan? Tambahan lagi billa tempat yang menyediakan menu steamboat tu menyediakan pilihan seafood yang pelbagai. Dan, ini berita baik kepada korang semua yang suka makan steamboat boleh lah terjah dekat Pearl International Hotel sebabnya Pearl International Hotel mengadakan promosi murah sangat RM35.90+ untuk seorang untuk hidangan steamboat di Cafe 5 mereka. Hidangan steamboat ditawarkan dengan harga murah, selesa, bersih yang lebih penting berbaloi untuk seisi keluarga. Makan berempat, tapi bayar untuk 3 orang sahaja. Tapi ingat dari hari Isnin sehingga Jumaat sahaja tau. Selalunya dekat pusat hiburan ada "Ladies Night" kan? Tapi, di Sensational Steamboat Semi Buffet, Pearl International Hotel pun ada mengadakan promosi untuk "Ladies Night".. haaa.. Korang berpeluang untuk makan steamboat di Cafe 5 dengan bayaran RM2 + sahaja!! Caranya sangat mudah wei just: poster korang boleh dapatkan di