September

assalamualaikum 


apa yang berlaku semestinya ada hikmah disebaliknya. ALLAH S.W.T takkan uji hambanya jika hambaNya tak mampu nak hadapi segala ujian atau cabaran yang diberi. dalam kehidupan ini, jika kita tidak di uji oleh ALLAH sama ada dari segi mental atau fizikal, kita takkan pernah belajar. 

belajar dari pengalaman adalah perkara yang terbaik. ini kerana, melalui pengalaman kita tidak akan ulangi lagi perkara yang salah jika ingin mendapat kehidupan yang lebih baik. tapi, manusia mana pernah lari dari tak melakukan kesalahan. tak semestinya pabila membuat satu kesalahan kita terus belajar. setiap manusia berbeza. ada yang melakukan kesalahan banyak kali baru mereka akan belajar dari kesilapan mereka itu. 

manusia akan berubah. sama ada dari segi kebaikan atau keburukan. keadaan persekitaran manusia akan membuatkan manusia itu berubah. ingat lagi pesanan dari mama syifa, "berkawan dengan orang baik, kita akan jadi baik. berkawan dengan orang jahat, kita akan jadi jahat". ini salah satu faktor juga. tapi, kalau kita pandai jaga diri, berkawanlah dengan gangster ke, pelacur ke, jual dadah ke, in shaa ALLAH kita takkan mudah terjebak. sebab apa? sebab kita tahu apa yang baik dan apa yang buruk. cuma, kita kena tetapkan Iman di dada dan semangat jati diri supaya kita tidak mudah untuk terjebak dengan semua gejala sosial yang tidak sihat. 

tak salah nak berkawan. tapi, jangan mudah terjebak. tetapkan pendirian kita. dan jangan mudah nilai seseorang itu dari segi luaran sahaja. Don't Judge a Book by It's Cover. tak semestinya manusia itu buat kerja jahat, tiada langsung nilai kebaikan dalam dirinya. tak semestinya yang bertudung labuh, bertudung litup, baik pekertinya. sebelum kita nilai seseorang itu, kenal dahulu hati budi dia. jadi kawan dulu. dan barulah kita boleh menilai. kita bukan ada kuasa untuk menilai dan menentukan kebaikan seseorang itu. 






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Natural Skincare; Mary Jardin

New Semester

Steamboat Sedap di Pearl International Hotel