The Siblings.

assalamualaikum.

hari ini nak Syifa nak bercerita pasal adik-beradik Syifa. Macam entry sebelum ini, Syifa ada upload gambar kan family kecil Syifa. Hari ini Syifa nak cerita serba sedikit pasal adik-beradik Syifa. :) Syifa ni anak kedua dari empat orang adik beradik. Dan semua perempuan. HAHA. Dengar macam best kan? Best jugak la. Tapi, kami selalu gaduh. HAHA. Bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus kan? 

Gaduh la macam mana sekali pun, nanti masing-masing akan cari satu sama lain jugak kalau nak mintak tolong. Maybe ada yang nampak kami macam kasar. Tapi, dalam hati ada taman la kot, HAHA, Memang family Syifa bukan jenis cakap I LOVE U, I MISS U depan depan. haaa.. Dari dulu lagi kami diajar untuk berdikari dan kuat! Walaupun tak pernah ungkap perkataan itu, yang pasti kami tahu masing-masing saling menyayangi dan memerlukan antara satu sama lain. 



Inilah kakak sulung Syifa. Nurul Nadya Azhar. Seorang yang tegas dan garang dengan adik-adik tapi, dalam garang-garang tu kakaklah yang selalu tolong adik-adik dan selalu menenangkan kalau adik-adik gaduh. HAHA. Kakaklah pengganti arwah ayah untuk menjaga kami selain mama dan jugak kakaklah yang selalu bagi nasihat kalau adik-adik dia dalam kesulitan. Semua rahsia Syifa dalam poket kakak, begitu jugaklah rahsia kakak. Memang selalu share semua sebab selain kawan-kawan, family adalah orang yang paling penting kan? Walaupun kakak nampak garang, tapi dalam hati ada taman. Kalau dia marah, dia akan marah. Tapi, bila lama-lama pendam, and dia senyap ja time dia tak puas hati atau apa, so paham-paham la yang dia dah terasa sangat-sangat dan dah malas nak ambil tahu. Semua ini ikut mama, sebab Syifa pun macam tu. Sebab, bila dah lama-lama and banyak kali asyik ulang benda yang sama, baik kita diamkan aja kan? Itulah kakak. Suaminya nama Mohd Sajilan Ahmad dan dikurniakan seorang anak yang banyak keletah pada 5 September 2014 yang diberi nama Muhammad Muadz Syafiy bin Mohd Sajilan. 


Ini adik bawah Syifa. Anak no 3 dari 4 adik beradik. Siti Najwa Atikah Azhar. Adik seorang yang pendiam dan muslimah sejati. Adik selalu share nasihat-nasihat yang berguna dan berdakwah secara halus. Adik seorang adik dan kakak yang baik. Kalau dengan adik, kalau berlawan mana boleh kakak menang, sebab adik guna pendekatan yang sangat baik. Dan adik selalu angkat kening dan senyum bagi nampak lesung pipit tu, Adiklah yang selalu cakap sayang dan rindu bila mesej. Adik seorang yang kuat. Sangat. Adik tak pernah keluar dari Penang. Dan kami selalu gaduh bila adik selalu ja ajak kakak-kakak bawa adik p mana-mana sebab adik tak berdikari lagi. Bila adik nak berdikari. Adik pilih UNIMAS untuk belajar berdikari sambil berdakwah. Ya ALLAH, mulia sungguh niatmu adik. Tapi sekarang, adik pergi jauh, jauh sangat. Dan sangat berdikari. Kakak rindu adik. Sangat. Semua rindu adik. Kakak akan ingat sampai bila-bila adik. Patutlah adik paksa kakak pergi hantar adik dekat sana. Alfatihah.


Yang ni pulak adik bongsu Syifa. Noor Widad Azhar. Panggilan manja abby. HAHA. konon baby lah tu. Dah nama pun anak bongsu kan, ofkos kemanjaan mama kan. Dia seorang yang suka bergaya, kalah Syifa. Berdikari jugak si abby neh. Dia ni lah tempat Syifa cari gaduh, ada saja benda yang tak puas hati nanti. Tapi, jauh di sudut hati, sendiri pun tahu apa yang kita rasa kan. Kakak habaq, kalau nak nampak kami baik time ambil gambar ja. HAHA. sebab dua-dua suka ambil gambar. Abby seorang yang kuat jugak sebab semua benda dia nak try. Tapi , takut tinggi. HAHA. Abby kalau nak sesuatu, dia jarang mintak kat Syifa, selalu dia mintak kat kakak ja, sebab dia tahu, kalau mintak kat Syifa memang susah nak dapat. Bukan susah, just lambat sikit dan ikut keperluan lah kan. Tahun ni dia SPM, hope dia dapat buat yang terbaik untuk dia dan keluarga. 




Syifa sayang semua adik beradik Syifa walaupun mulut neh tak pernah ungkapkan. Kalau ada orang berani kacau/sentuh family Syifa, memang Syifa takkan duduk diam. Sapa yang tak sayang siblings kan. Diorang lah yang kita gaduh dan last-last boleh cakap macam biasa. haha. Cubalah kalau kawan-kawan kita yang mana tak kenal hati budi kita. Gaduh sikit mula lah masam muka, takmaw bercakap, boikot satu tahun. HAHA. Ada wei, jangan habaq takdak naa. :) 



" Some relationships are like Tom and Jerry. They tease each other, knock down each other, irritate each other, but can’t live without each other."






Lots of Love,
Syifa Azhar

Comments

  1. alololo...sedihnyaa la entri haaa...x salah kalau kadang-kadang kita ungkapkan sayang...walaupun masing-masing tau...ada bezanya dgn yg keluar dr bibir kita sendiri :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kini Kecantikkan Bukan Lagi Fantasi dengan Produk Maria Miracle

Pakej Murah Seoul, Korea ; 2017

Natural Skincare; Mary Jardin