Alanna's Kitchen

Assalamualaikum

Tetiba craving nak makan Spaghetti Carbonara dekat Alanna's Kitchen. Syifa' jarang sangat nak makan carbonara bagi ni, tapi kalau dekat Alanna's Kitchen memang Syifa' tak dapat nak tolak, sebab tak rasa muak pun kalau makan. cheese dia tak terlalu pekat dan mmg sesuai makan bila-bila pun...hehe :) Presentation bila diorang nak serve pun sangat terbaik!


Alanna's Kitchen ni mungkin tidak terlalu popular tapi kalau korang peminat makanan Arab, ataupun nak cari kelainan dalam masakan Asia, menu barat & masakan tempatan..korang boleh cuba Alanna's Kitchen.

Alanna's Kitchen ni terletak dikawasan yang agak terpencil kat Pandan Indah...Kalau korang tau The Store sekarang nama dia Mid Point Shopping Centre, memanng dah dekat sangat atau kalau susah sangat, guna Google Maps @ WAZE, cari Alanna's Kitchen..

Spaghetti Carbonara - RM10.90

selain dari Spagheti Carbonara ni, ada lagi banyak makanan lain yang kita boleh cuba :)

Arabic Yemeni Mandy (set dengan air) - RM11.90

Grilled Chicken Chop (Black Pepper/Mushroom sauce) - RM9.90

Basic Chicken Chop, sos dia sedap...tak terlalu pedas...mmg sesuai untuk kanak-kanak makan pun dan jugak untuk orang yang tak makan pedas... :D


Nasi Lemak Special (set dengan air) - RM8.90


Treasure of the Sea - RM12.90

Ni spaghetti...dengan kuah sup seafood...Rasa dia takde la flat atau pelik...mmg sesuai untuk yang suka seafood...sbb korang mmg boleh "treasure" semuanya dalam satu hidangan...udang, sotong, lala, kepah...semua! Yang penting jangan makan tanpa sup dia...sedap tu yang paling addictive sekali..hihih




Arabic Chicken Haneeth (set dengan nasi putih & air) - RM9.90


korang taw tak, kalau korang beli kek dekat Alana's korang akan dapat secawan kopi. :) Hampir setiap hari kek ni akan berubah ikut mood chef dia nak buat kek ape...semuanya mmg homemade kat dapur dorang...Kalau korang nak tau, korang boleh check kat Facebook page diorang.

RM8.90 
Blueberry Cheesecake, Oreo Cheesecake, Green Tea Cheesecake, Dark Forest Cheesecake 

RM9.90 
Dark Forest Mousse, Hazelnut Mousse

Basically kedai ni tak mementingkan untung je, bagi diorang makanan yang kita makan tu yang yang paling penting...Kalau nak cuba tempat makan baru, boleh cuba kat Alanna's Kitchen..


Alanna's Kitchen

No 8, Jalan Pandan Indah 1/23D, Kuala Lumpur, Malaysia 

03-9201 7134


Comments

  1. kek dia sedap sangat...dah banyak kali makan kat sini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap sangat! tambah2 dpt kopi secawan :)

      Delete
  2. Wahhh sedapnye makanan,

    Bonde dtg dr GA Sally n Follow sini...

    http://www.bondezaidalifah.com/2016/05/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kini Kecantikkan Bukan Lagi Fantasi dengan Produk Maria Miracle

Steamboat Sedap di Pearl International Hotel

Pakej Murah Seoul, Korea ; 2017