#106. lapangkan minda.. =D

assalamualaikum ! hye.hye.hye :)

lapangkan minda. lapangkan hati. jiwa tenang.
terima dengan hati yang ikhlas dan redha dengan ketentuan ILAHI.
insyaALLAH kita akan tenang. percayalah. kebahagiaan menanti kita.

jika kita ikhlas dan rela dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh-Nya.
kita akan rasa tenang dan bahagia. insyaALLAH.
walaupun dahulu kita tidak dapat menerima kenyataannya.
tapi sekarang.. terimalah dengan hati yang tenang, walaupun ia pahit.
mungkin pahit sekarang, dan manis di kemudian hari. insyaALLAH..

ALLAH sentiasa bersama umat-Nya. insyaALLAH. mengadulah padaNya.
hanya pada-Nya kita berserah. ALLAH sentiasa mendengar segala rintihan umat-Nya..

alhamdulillah. aku dapat rasa ketenangan itu. terima kasih ya ALLAH. aku bersyukur padaMu ya ALLAH.
aku mohon padaMu ya ALLAH. moga ENGKAU berikanlah aku petunjuk dan kuatkan lah iman ku ya ALLAH.. amin. =)


p/s: awak.. terima kasih atas segala-galanya.. doa saya sentiasa bersama awak.. saya doakan awak bahagia selalu. sama-samalah kita mencari keredhaanNya .. insyaALLAH.. :)



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kini Kecantikkan Bukan Lagi Fantasi dengan Produk Maria Miracle

Hafidz Roshdi Duta Baru Untuk Produk Kecantikkan Maria Miracle

Steamboat Sedap di Pearl International Hotel