Study Life #2

assalamualaikum and hi :)

sapa suka study life angkat tangan! HAHA. Syifa' dulu lepas diploma, memang tak nak sambung degree sebab nak cari pengalaman kerja. Time final year diploma dulu, sebelum submit all the project, Syifa' siap dah cari kerja kot, sebab tak nak buang masa kononnya. Alhamdulillah, Syifa' dapat kerja. Dah la lari bidang dari IT kepada Marketing. HAHA :D

manusia tak pernah bersyukur kan? Bila stress kerja, mula lah rindu nak belajar bagai then nak sambung degree lah. HAHA :D Syifa' sempat kerja dalam 1tahun++. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang Syifa' dapat sebab Syifa' travel almost satu Malaysia. Seronok memang la seronok, tapi penat jugak lah.

Sekarang ni, Syifa' dah third year belajar. Dah semester 5 dan sekarang nak masuk week 12. Memang busy yang amat. Dah taktaw macam mana nak hadap. HAHA. Sebab Syifa' ni jenis tak suka buat keja awal-awal. Kalau buat keja awal-awal, idea memang takdak. Kalau buat last minit, tudia idea diaa, mencurah-curah ke ladang gandum.. 


Sekarang dah mula lah bermaustatin dekat McD untuk dapat internet coverage and siapkan kerja. Kalau dekat rumah, dah nampak tilam sekarang ni. HAHA :D


Packnya jadual Ya ALLAH bulan Mei ni. Macam tak sempat nak bernafas oi. 


Masing-masing muka tahan stress bila kena baca 10 journal/article untuk siapkan Literature Review. 



Comments

  1. hahahaha...selamat berseronok masa belajar..kekeke...tak hajak oii pi mekdi!

    ReplyDelete
  2. Anda di tag

    http://thezafirahnazri.blogspot.my/2016/05/birthday-giveaway-by-wanaseobycom.html?m=1

    ReplyDelete
  3. Good luck in ur study hihi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kini Kecantikkan Bukan Lagi Fantasi dengan Produk Maria Miracle

Steamboat Sedap di Pearl International Hotel

Pakej Murah Seoul, Korea ; 2017