Buffet Ramadhan 2016: Sajian Ibunda di Retro Café, Vivatel Kuala Lumpur

assalamualaikum :)

Buffet Ramadhan yang bertemakan Sajian Ibunda boleh didapati di Retro Café, Vivatel Kuala Lumpur. Chef Ashar Daud merupakan Resident Chef di Retro Café. Beliau pakar dalam masakan Warisan Melayu.  Chef Ashar sangat berpengalaman sebelum beliau mula bekerja di Vivatel Kuala Lumpur. Beliau pernah bekerja di Hotel Parkroyal, Legend, Regent, Westin, Mandarin Oriental dan pernah berkhidmat di Sheraton Imperial Brunei. 

Di antara masakan istimewa Chef Ashar pada Buffet Ramadhan kali ini ialah Kari Kepala Ikan (Mamak Style) , Gulai Kawah, Patin Tempoyak, beberapa jenis sup seperti Sup Urat Keting, Sup 'Gear Box' , Sup Ekor dan banyak lagi menu menarik.

Selain daripada itu, Retro Café, Vivatel Kuala Lumpur juga menyediakan konsep gerai yang menampilkan menu popular Asia seperti Mee Rebus, Vietnamese Beef Noodles Soup (Bihun Sup Daging Vietnam), Laksa Johor, Mee Kari dan macam-macam lagi. 

Jom kita terjah menu apa yang ada dekat sini. ehem ehem ehem. Perkara pertama yang diterjah adalah deserts. Nyummeh.
Pelbagai jenis puding dan jelly yang disediakan



Bubur Kacang pun tidak ketinggalan juga :)
Dodol memang sinonim dengan Hari Raya Aidilfitri kan?
 Pelbagai jenis kuih-muih juga disediakan disini.



Self-Service Ice-Cream








Bukan itu saja, Retro Café, Vivatel Kuala Lumpur juga ada menyediakan seafood bagi sesiapa yang suka makanan laut yang fresh.




 

Bubur Pulut Hitam pun ada . =)
Pelbagai Lauk-Pauk yang dihidangkan dari Timur Barat Selatan Utara :)

 
Sambal Udang yang menyengat membuatkan kak Eyza tambah 2 kali :) dan Ketam Mask Lemak Cili Api membuatkan Atid tambah 2 kali juga :)
 
Murtabak. Roti Canai. Roti Bom(All time favourite) 
Special Dish; Kari Kepala Ikan :)

macam dah feel raya kan? sebab kat sini juga menyediakan lemang, ketupat, serunding dan rendang.



 Memang Sajian Ibunda sangat kan? hehe. apa lagi.. 

Buffet Ramadhan 'Sajian Ibunda' ini bermula dengan harga RM 98nett seorang untuk Dewasa dan RM 68nett seorang untuk kanak-kanak. 
Untuk tempahan atau pertanyaan boleh menghubungi : 
  (603) 92058888 
atau 
 email ke enquiry@vivatel.com.my.

Thanks Encik Shah sebab sudi jemput kami :)
.
.
.
.
CHOP! sat.. ada tawaran istimewa la dekat sini. haaa.. 

Nak harga istimewa? Dah tentu la ada. Untuk tawaran ni memang sesuai kalau nak berbuka beramai-ramai dengan ahi keluarga atau kawan-kawan. Ni tawaran dia RM880 untuk 10 orang (RM88nett untuk seorang) dan lagi best bila beli 10 baucer akan dapat 1 baucer free. Best kan? Sebab, Korang Beli 10 baucer, tapi boleh pergi 11 orang. Haaa.. syok kan? 

Promosi Bilik di Vivatel Kuala Lumpur 

Selain dari promosi Buffet Ramadahan, Vivatel Kuala Lumpur pun ada buat promosi Pakej Bilik Waktu Bulan Ramadhan ni. Pelanggan boleh menginap di Bilik Deluxe dengan hanya membayar harga Bilik Standard. Yang lagi best ianya termasuk sekali dengan Sahur dan Buffet Ramadhan 'Sajian Ibunda' untuk 2 orang. 

Harga untuk pakej ini ialah: 

RM358 nett sebilik untuk semalam (bermula 6 hingga 12 Jun & 27 hingga 4 Julai 2016

RM 368 nett sebilik untuk semalam (bermula 13 hingga 26 Jun 2016) 

Pakej ini juga termasuk sekali dengan: 
-Wifi percuma 
- Lewat checkout sehingga pukul 2 petang 
 *semua harga termasuk gst. 

Untuk tempahan atau pertanyaan boleh menghubungi:
  (603) 92058888 ext 8909 
atau 
 email ke rsviva@vivatel.com.my

Pakej Jamuan Ramadhan Untuk yang ingin berbuka secara berkumpulan dan secara privasi, Vivatel Kuala Lumpur ada menyediakan Ballroom. Pakej Ballroom bermula dari RM128nett seorang dengan tempahan sekurang-kurangnya 30 meja dan ke atas. Kalau ada syarikat yang nak anjurkan Majlis berbuka puasa beramai-ramai, bolehlah menempah di Vivatel KL. 

Untuk tempahan atau pertanyaan bolehlah menghubungi:

(603) 92058888 ext 8928 
atau 



Comments

Popular posts from this blog

Hidup tak selalunya Indah

Final Year Project; Alhamdulillah

Steamboat Sedap di Pearl International Hotel