Project Smiles : Sharing Smiles with Mamee & Neffos di Bukit Broga
assalamualaikum..
phewww...berhabuk sikit la blog ni. Sorry na. Disebabkan kekangan masa dengan final examnya, enjoy sakannya lepas final exam sampai injured. ops! sampai lupa dekat blog ni. sorry..
Okay, now Syifa' nak share pasal Project Smiles : Sharing Smiles with Mamee & Neffos di Bukit Broga yang dianjurkan oleh Bloogers Media yang telah dijalankan pada Hari Wesak tempoh hari. Walaupun dalam minggu exam, Syifa' ada gap 5 hari untuk next paper, sebab tu ambil kesempatan ini untuk join Project Smiles ni. Bukan selalu kan, lagipun dah lama sangat tak pegi Broga last mendaki rasanya dengan geng girlfriends Soksek0307 pada tahun 2011 kalau tak salah. heee :)
Okay, macam biasa partner in-crime Syifa' yang selalu teman Syifa' kemana-mana Aliah and Sally lah, sapa lagi kan.. haha :) Seawal jam 5.00am, dah memang ramai pendaki yang dah bersiap sedia untuk mendaki Bukit Broga dan menikmati permandangan matahari terbit dipuncak tersebut walaupun pada ketika itu hujan masih renyai-renyai sebab dalam jam 4.00am hujan sangatlah lebat dari KL.Tapi, ia tetap tidak mematahkan semangat para pendaki untuk mendaki dan juga kami untuk berkongsi senyuman bersama semua pendaki. Bukan itu saja, cuaca yang agak sejuk dan berkabus serta permandangan yang cantik menjadikan puncak Bukit Broga ini semakin menjadi tumpuan ramai.
Bloogers Media sebagai penganjur dengan kerjasama penaja utama Mamee Double Decker (M) Sdn Berhad serta Neffos Malaysia, kali ini membawakan sesuatu kelainan di Puncak Bukit Broga. Dimana lebih dari 500 orang pendaki Bukit Broga dikejutkan dengan kehadiran maskot Mamee Monster dan juga Mister Potato di Puncak Bukit Broga.
Project Smiles, satu program sosial dan kemasyarakatan membawakan perkongsian produk halal Mamee hingga ke puncak Broga untuk diagihkan secara percuma kepada semua pendaki. Usaha pasukan Projek Smiles membawa hampir 10 karton makanan dari kaki bukit hingga ke puncak Bukit Broga, bukan satu yang mudah.
"Projek Smiles ini adalah inisiatif Blooggers Media bersama beberapa penaja utama termasuk Mamee Double Decker, TP-LINK Neffos Malaysia dan Santai Travel untuk berkongsi senyuman dengan rakyat Malaysia. Mamee kali ini menyumbangkan 10 karton snek terbaik mereka untuk diagihkan percuma kepada sesiapa sahaja yang berjaya sampai di puncak Bukit Broga." kata Rosmadi Shakri, Pengarah Projek Smiles.
"Bukan setakat itu, TP-LINK Neffos Malaysia juga turut menaja 3 set telefon pintar Neffos untuk Cabutan Bertuah. Satu dari smartphone hebat ini diberikan percuma kepada Pemenang Bertuah di puncak Bukit Broga sebagai salah satu sokongan mereka untuk warga kota dalam aktiviti sihat seperti ini" tambah beliau.
Di saat warga pendaki Bukit Broga menikmati keindahan pemandangan dari puncak Bukit Broga, Projek Smiles mengagihkan produk Mamee Double Decker seperti Mamee Monster, Mister Potato, Corntoz, Mamee Chef dan tidak lupa air minuman Cool Tea sebagai tanda sokongan kepada aktiviti sihat seperti ini.
"Saya tidak sangka sambutan hebat seperti ini. Jangkaan kami, kami sekadar berkongsi sedikit dengan semua, tetapi bila sampai di atas puncak, rata-rata gembira dengan makanan percuma yang kami agihkan." Nik Amree, Projek Smiles.
"Tadi waktu kami sampai di kawasan parkir, mereka sudah berikan makanan dan TShirt percuma kepada kami sekeluarga. Bila sampai di puncak, kami lihat ramai yang beratur untuk mendapatkan lagi makanan. Tak sangka akan ada aktiviti macam ni. Selama saya panjat Broga, ini kali pertama saya lihat aktiviti agihan makanan percuma seperti ini. Syabas kepada Projek Smiles, Mamee dan Neffos." En Shaiful Amin, Kajang.
Pemenang Utama membawa pulang Smartphone Neffos C5 |
Dengan aktiviti sebegini dapat memberi senyuman kepada orang ramai sambil berkongsi keriangan bersama. Best kan? Terima kasih kepada Mamee Double Decker, TP-LINK Neffos Malaysia dan Santai Travel kerana berkongsi senyuman dengan rakyat Malaysia. Dan diharapkan akan ada lagi aktiviti sihat sebegini pada masa akan datang. :)
Terima Kasih Bloogers Media sebab ajak Syifa' join program ini. Lain kali jangan serik ajak lagi yaa :) |
singgah + follow sini ^^
ReplyDeletehttp://www.mohdnoorshawals.com/
wahh bestnya.. ari tu nak jugak pi tapi tarikh tu xdpt join..
ReplyDeletewww.yanieyusuf.com